Datuk Jalaluddin Hassan, Ziana Zain dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Hadir Beri Keterangan

Tiga selebriti hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram menerusi Ops Sky membabitkan syarikat perunding kewangan.

Menurut sumber, tiga selebriti itu terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Siti Roziana Zain yang lebih dikenali Ziana Zin dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha.

Ketiga-tiga selebriti itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.30 pagi dan dibenarkan masuk menerusi pintu belakang.

Tinjauan di pintu masuk pagar hadapan Ibu Pejabat SPRM mendapati lebih 10 pengamal media berkumpul sejak jam 9 pagi bagi membuat liputan, namun hampa selepas dilaporkan ketiga-tiga selebriti itu dibawa masuk melalui pintu pagar belakang.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...