Ekonomi Malaysia Tidak Akan Terjejas Dengan Perang Tarif – Rafizi Ramli

Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, berkata hal itu dapat dilihat sepanjang bulan lalu apabila keyakinan terhadap prospek pertumbuhan jangka sederhana dan jangka panjang negara kekal tidak berubah, malah ringgit terus menunjukkan pengukuhan pada minggu lalu.

Namun, beliau berkata, Malaysia juga sentiasa bersedia dengan pelbagai perancangan demi memastikan negara ini memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan global.

“Saya fikir ia akan menjadi ciri tetap dalam ekonomi global, di mana lebih banyak ekonomi yang berpengaruh dalam rantaian bekalan global perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan ketidaktentuan.

“Ia hanya soal sama ada kesannya bersifat jangka pendek atau sederhana. Akhirnya, pasaran akan menilai dan menyesuaikan segalanya, selagi naratif pertumbuhan asas kita kekal kukuh. Buat masa ini, saya rasa kita masih sangat kukuh dari segi nilai tawaran kepada dunia,” katanya.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...