Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dua anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan harta mereka kepada agensi tersebut.
Ketua Pengarah SPRM, Azam Baki berkata nilai harta yang diisytiharkan Mokhzani Mahathir dan Mirzan Mahathir adalah berjumlah lebih RM1 bilion.
“Kedua-dua anak Dr M telah mengisytiharkan harta kepada saya secara peribadi, kerana saya yang keluarkan notis atau pun waran untuk isytihar harta.
“Saya nak memberi maklumat serba sedikit, jumlah aset Mokhzani keseluruhan lebih kurang RM1 bilion yang diisytihar. Nilai peribadi adalah dalam RM360 juta. Yang lain itu ada bentuk aset, pegangan saham, kita ambil maklum tolak liabiliti yang mereka tanggung.