Pemberian Tol Percuma Pada Musim Perayaan Tidak Menyelesaikan Masalah Kesesakan Di Lebuh Raya Bertol.

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemberian tol percuma pada musim perayaan tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya bertol.

Beliau berkata yang penting ialah pengguna jalan raya mengubah sikap dan merancang perjalanan apabila tiba musim perayaan. “Jumlah gantian dalam bentuk pampasan oleh kerajaan kepada pemegang konsesi tol itu melebihi RM35 juta sehari.

“Walaupun ia tidak melibatkan pampasan tunai secara langsung tetapi konsensi itu terpaksa dipanjangkan dan ini tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya yang bertol,” katanya ketika diminta mengulas keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada media selepas Majlis Anugerah Pemenang Rural Business Challenge (RBC) 2.0, di sini pada Selasa.

Beliau berkata keputusan menghentikan pemberian tol percuma itu merupakan keputusan Jemaah Menteri susulan saranan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Kerajaan beri Fahmi kejutan sambutan hari jadi

KUALA LUMPUR, 7 JUN — Pereka grafik, Fahmi Reza...

Rebut peluang, Rafizi gesa belia segera daftar haji

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Seri Rafizi Ramli...

PM bukan penjenayah, tidak perlu cuti, kata PKR Klang

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PKR Klang kesal seruan...

PM gagal, 5,000 staf Petronas jadi korban, kata Isham

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Bekas Ahli Majlis Kerja...