Isu OKU Dipukul – “Suami saya dipukul, disepak tanpa perikemanusiaan.”


KEMAMAN:
“Suami saya dipukul, disepak tanpa perikemanusiaan. “Itu luahah Faridah Abdul Karim, isteri kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai,Kemaman pada Jumaat lalu.

Ibu kepada lima cahaya mata itu berkata, ketika kejadian dia sedang berniaga sebelum dikejutkan dengan panggilan yang memaklumkan insiden itu. Faridah berkata, perbuatan dan kelakuan melampau itu sukar untuk dimaafkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Jumaat lalu, mangsa seorang OKU mental berusia 47 dipukul beberapa individu dipercayai selepas motosikal ditunggannya terlanggar sebuah gerai jualan menyebabkan makanan yang dijual terjatuh dan tumpah.

“Sedih marah,kecewa semua ada bila melihat video yang tular suami saya dipukul tanpa ada belas kasihan dan bagi saya ia sangat keterlaluan.

“Bagi saya perbuatan itu sangat kejam dan setakat ini hati saya sukar untuk dimaafkan,” kata Faridah ketika dihubungi Astro AWANI.

Katanya, jika benar suami bersalah dan sengaja melanggar sebuah gerai makanan di situ, mereka sepatutnya selesaikan dengan secara baik.

Jelasnya lagi, sehingga hari ini suaminya masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PM tidak tentang kerajaan, Hamzah rayu bebaskan Anwar dari TCO

KUALA LUMPUR, 20 APRIL — Datuk Seri Hamzah Zainudin...

Malaysia negara Melayu, bukan berbilang kaum, kata Tun Mahathir

Oleh Kamil Awang  KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Tun Dr...

Sokong akhbar Cina, PERKASA desak pensyarah lucut warga negara

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

PAS fitnah Perak lulus ladang babi tanpa lesen, kata Tok Mat

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Datuk Seri Mohamad Hasan...