Angin Kuat Santa Ana Dan Kebakaran Dijangka Akan Berterusan – Los Angeles

Kebakaran Pacific Palisades di bahagian barat bandar mencatatkan keluasan terbakar sebanyak 23,713 ekar dengan kawalan perimeter meningkat sebanyak 3 peratus kepada 17 peratus.

Sementara itu, kebakaran Eaton di kawasan kaki bukit sebelah timur meliputi kawasan seluas 14,117 ekar dengan kawalan meningkat 2 peratus kepada 35 peratus.

Perkhidmatan cuaca kebangsaan memaklumkan keadaan ‘Red Flag’ dijangka berterusan hingga Rabu, dengan kelajuan angin mencecah lebih 80 kilometer sejam pada malam sebelumnya.

Gabenor California, Gavin Newsom, menyatakan 11 kebakaran baharu tercetus di selatan California pada malam tersebut, namun berjaya dipadamkan dengan cepat kerana anggota dan peralatan bomba telah dikerahkan lebih awal.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...