Malaysia Mendapat Kepercayaan Syarikat Besar Dan Kerajaan UAE

ABU DHABI: Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), lawatan pertama ke luar negara untuk 2025, Malaysia mendapat kepercayaan kerajaan UAE dan syarikat besar dari negara teluk itu untuk menjalin kerjasama ekonomi.

Lawatan kerja selama tiga hari, yang bermula Ahad lepas merupakan lawatan kedua Perdana Menteri ke UAE sejak Oktober 2023 dan lawatan pertama beliau ke luar negara selepas Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025.

Kejayaan memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) turut membuka ruang kepada perjanjian yang sama dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang lain iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Arab Saudi, malah dengan GCC itu sendiri.

Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi di sini selain pertemuan dengan rakan sejawat, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum di Dubai, yang dilihat sebagai pemudah cara kepada kejayaan lawatan ini.

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Tidak agresif, Syed Hamid anggap Pak Lah bos, sahabat

KUALA LUMPUR, 15 APRIL — Bekas Menteri Luar menyifatkan...

PM ucap takziah, Pak Lah negarawan ulung membumi

KUALA LUMPUR, 14 APRIL — Perdana Menteri mengucapkan takziah...

Saya mahu Iran menjadi hebat. Tapi mereka tidak boleh miliki senjata nuklear.

“Kami tidak akan membiarkan mereka memiliki senjata nuklear,” kata...

Perancis mungkin iktiraf negara Palestin pada Jun 2025?

ISTANBUL: Presiden Emmanuel Macron menyatakan Perancis mungkin akan mengiktiraf...