Ada kartel kontraktor dalam MRSM – Asyraf Wajdi

Kuala Lumpur: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan kewujudan kartel membabitkan kontraktor dalam Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Beliau berkata, terdapat proses dan tatacara dalam perolehan yang ketat ditetapkan bagi setiap kontrak dalam MRSM yang tidak membabitkan dirinya.

“Apabila saya jadi Pengerusi Mara, saya ada dengar cakap-cakap di luar sana yang memaklumkan ada kartel (kontraktor) dalam MRSM.

“Bila saya turun padang, memang saya nampak ada kartel itu. Semasa memohon, keutamaan diberikan kepada syarikat tempatan yang terletak berhampiran dengan MRSM supaya apabila berlaku sesuatu, mudah untuk mereka kendalikan (permasalahan itu).

“Bagaimanapun, ada antara mereka yang memohon menggunakan alamat berhampiran (dengan MRSM terbabit) tetapi apabila disemak, rupanya berada jauh di luar kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program MARA Integrated Accounting Conference (MiCA) 2025, di sini, hari ini.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...