KHAIRUDDIN ABU HASSAN DIPANGGIL SPRM

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok, berhubung laporannya berkaitan dakwaaan salah laku bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM esok mengenai dakwaan salah laku bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Khairuddin juga telah membuat laporan kepada PDRM dan sudah memberi kenyataan kepada pegawai penyiasat.

Khairuddin mendakwa Tan Sri Apandi Ali menyalahgunakan kuasa untuk menutup skandal 1MDB, menyebabkan kerajaan dan rakyat menanggung hutang RM35 bilion, dan beliau beriltizam memerangi jenayah tersebut.

“Sekali lagi saya beriltizam untuk memerangi salah laku dan jenayah ‘kolar putih’ yang dilakukan oleh Tan Sri Apandi Ali secara habis-habisan.

“Pada hemat peribadi saya, Tan Sri Apandi Ali harus didakwa kerana menyalahgunakan kuasa dan tidak berkhidmat secara profesional serta amanah ketika beliau menjawat jawatan Peguam Negara,” dakwanya.

#InspirasiChannelz#inspirasiberita#inspirasipolitik

- Iklan -
Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Anwar nafi imuniti, enggan dakwaan bermotif politik 

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Ramai terima darjah, MCW seru ketatkan saringan

KUALA LUMPUR,4 JUN — Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan...

PENGAMPUNAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

1. Saya ucap terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara...

Fadhlina, Zambry bincang tubuh Majlis Pendidikan Negara

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Menteri Pendidikan hari ini...