Tahanan Rumah Tidak Akan Berlaku Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan dan keputusan mahkamah untuk membenarkan Datuk Seri Najib Razak ditahan di rumah tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Peguam Datuk Shamsuddin Nawawi berkata, ketika ini untuk membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani perintah tahanan di rumah, Najib perlu memfailkan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mandamus.

Dalam prosiding semalam Mahkamah Rayuan dalam penghakiman majoriti 2-1, Najib mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan titah adendum pada Januari tahun lalu.

Keputusan berkenaan dicapai melalui penghakiman majoriti 2-1 oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi memberikan keputusan berbeza.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...