Hassan Nasrallah dibunuh di bilik operasi perang Hezbollah ketika diserang Israel

BEIRUT: Pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah berada di bilik operasi perang kumpulan pejuang itu ketika beliau dibunuh dalam serangan udara Israel tahun lalu, dedah seorang pegawai kanan pasukan pejuang itu, pada Ahad.

Rangkaian serangan udara Israel telah meruntuhkan beberapa bangunan di pinggir selatan Beirut pada 27 September tahun lalu, sekali gus meragut nyawa pemimpin tertinggi Hezollah itu.

Pembunuhan Nasrallah yang telah mengetuai Hezbollah selama 32 tahun, menyebabkan serangan kecil antara Israel dan kumpulan pejuang tersebut berubah menjadi perang habis-habisan.

Konflik ini menghancurkan banyak wilayah di selatan dan timur Lubnan selama dua bulan sehingga gencatan senjata yang ditaja oleh Amerika Syarikat (AS) dikuatkuasakan pada 27 November lalu.

“Yang Mulia (Hassan Nasrallah) sering mengetuai pertempuran dan perang dari lokasi ini,” kata pegawai keselamatan utama Hezbollah, Wafiq Safa, dalam satu sidang media Ahad di lokasi Nasrallah terbunuh.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...