Hassan Karim beri amaran mengenai perhimpunan 6 Januari

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendakwa perpaduan Kerajaan Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tergugat sekiranya perhimpunan pada 6 Januari di Putrajaya menjadi kenyataan.

Dakwanya, Titah Adendum akan menjadi isu panas yang boleh ‘membakar’ perpaduan Kerajaan Madani.

Menurutnya lagi, parti Pas cepat ‘menangguk di air keruh’ untuk mendapat laba politik dengan menggerakan satu usaha menganjurkan perhimpunan besar di depan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 6 Januari depan.

Menurut Hassan, pemimpin Kerajaan Madani sekarang cukup faham kesan politik terhadap siri-siri perhimpunan raksa oleh rakyat jelata.

“Contohnya perhimpunan Bersih 1 hingga Bersih 5 telah menjatuhkan kerajaan Najib Razak (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan UMNO/ Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia selama 60 tahun sejak Merdeka.“Begitu juga tentu sekali Anwar Ibrahim masih ingat lagi bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad digoncang hebat dengan perhimpunan besar membantah isu ICERD dan Statut Rome anjuran bersama Pas dan UMNO sehingga akhirnya kerajaan PH tersebut tumbang selepas jadi kerajaan hanya 22 bulan sahaja,” katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, berdasarkan kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC), apa pun yang berlaku di Mahkamah Rayuan pada 6 Januari depan, kedudukan kes pengampunan terhadap Najib tidak menempuh jalan gelap berpanjangan, sebaliknya mungkin ada sinar di hujung terowong.

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Kerajaan Malaysia Dan Singapura Melancarkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Singapura melancarkan Zon Ekonomi...

Caj AS$9 Bakal Dikenakan Untuk Kesesakan Lalu Lintas Untuk Pemandu Masuk Manhattan -New York

WASHINGTON: Pemandu di kotaraya New York kini perlu membayar...

Tahanan Rumah Tidak Akan Berlaku Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan dan keputusan mahkamah untuk membenarkan Datuk...

Suhu Politik Kembali Panas

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk...