YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG BERDOA RAKYAT DAN NEGARA TERUS KEKAL HARMONI

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025.

Bersempena Tahun Baharu 2025 membuka tirai, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong turut mendoakan keharmonian serta perpaduan negara terus berkekalan

“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-Mu agar Engkau sentiasa melindungi rakyat serta negara.

“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bencana dan musibah,” titah Seri Paduka Baginda.

#YDPAgong

#AllahPeliharakanSultan

#IstanaNegara

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Ringgit susut kerap naik gaji minimum, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad...

TUN ABDULLAH BADAWI

18 APRIL — Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan saya...

Fitnah Khairy, mahkamah arah pendakwah bayar RM2.5 juta

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Pendakwah bebas, Ustaz Abu...

Polis selesai rakam cakap ketua pengarang, pereka grafik Sin Chew

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Ketua Polis Negara memaklumkan...