Pasukan Penyiasat Memohon Waran Tangkap Terhadap Presiden Korea Selatan

SEOUL: Pasukan penyiasat pada Isnin memohon waran tangkap terhadap Presiden Yoon Suk-yeol berhubung pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat, menjadikannya presiden Korea Selatan pertama yang berdepan penahanan, lapor agensi berita Yonhap.

Pasukan itu memohon waran atas tuduhan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa selepas Suk-yeol mengabaikan tiga panggilan untuk hadir sesi soal siasat.

Penyiasat mendakwa Suk-yeol mengetuai pemberontakan dan menyalahgunakan kuasanya apabila mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember dan didakwa mengarahkan tentera ke Dewan Perhimpunan Kebangsaan untuk menghalang Ahli Parlimen daripada membatalkan dekri itu.

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

TUN ABDULLAH BADAWI

18 APRIL — Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan saya...

Fitnah Khairy, mahkamah arah pendakwah bayar RM2.5 juta

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Pendakwah bebas, Ustaz Abu...

Polis selesai rakam cakap ketua pengarang, pereka grafik Sin Chew

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Ketua Polis Negara memaklumkan...

Tun Mahathir kagum polis rampas dadah berjuta ringgit

𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 1. Saya kagum dengan kejayaan polis mengesan dan merampas...