Tiket Konsert GenKRU Laris Terjual Dalam 45 Minit Pada Hari Kedua

KUALA LUMPUR: Konsert genKRU yang dijadualkan pada 3 dan 4 Mei depan nyata menerima sambutan luar biasa apabila tiket untuk hari kedua persembahan habis terjual dalam tempoh 45 minit sahaja selepas jualan dalam talian dibuka pada 3 petang semalam.

Pada 20 Dis lepas, tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa, dan bagi memenuhi permintaan, penganjur mengumumkan penjualan tiket hari kedua konsert.

Selepas enam tahun bubar, KRU yang dianggotai Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim kembali bergabung di pentas industri muzik bagi mengubat kerinduan peminat setia mereka.

Kumpulan adik-beradik itu yang popular dengan lagu-lagu seperti Mengerti, Fanatik, Awas, Generasiku dan Terhangat di Pasaran turut mengalu-alukan artis lain untuk berkongsi pentas dan menambahkan kehangatan persembahan genKRU yang bertemakan era 90-an.

Penganjurnya ICON Entertainment menyifatkan sambutan itu sebagai satu fenomena yang mencerminkan penghargaan dan rasa sayang peminat terhadap kumpulan trio adik-beradik tersebut.

“Kami amat terharu dengan sambutan ini, tiket hari pertama (konsert) habis dijual dalam masa sejam dan tiket hari kedua pula hanya dalam 45 minit.

“Sekarang menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua genKRU yang telah berjuang mendapatkan tiket hari pertama dan kedua mendapat kepuasan maksimum di kedua-dua hari konsert itu kelak,” kata pengasas ICON Entertainment Iman Tang dalam kenyataan hari ini.

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA selar TNB naik tarif elektrik 14 peratus

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

JAIS seru solat hajat mohon mahkamah tolak rayuan SIS

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Jabatan Agama Islam Selangor...

Mahu haramkan UMNO, Dr Akmal tolak jemputan Tun M

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Dr Muhamad Akmal...

PAS soal syarikat peranti ganja beroperasi di Johor

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PAS menuntut penjelasan kerajaan...