InspirasiChannelz.com
Fakta bukan Auta

Pautan Utama

London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 – Datuk Bandar Sadiq Khan

LONDON: London dijangka menjadi “ibu kota global yang tidak dipertikaikan untuk sukan wanita” pada tahun hadapan, menurut Datuk Bandar Sadiq Khan.

Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.

Pasukan England akan memasuki kejohanan itu dengan harapan menewaskan juara dunia New Zealand dengan persediaan bermula pada kejohanan Six Nations musim bunga ini. Perlawanan akhir England dalam kejohanan itu dijadualkan berlangsung di Twickenham pada 26 April.

Pasukan bola sepak wanita England pula akan bersiap sedia mempertahankan kejuaraan Euro mereka musim panas ini dengan perlawanan Liga Negara-Negara menentang juara dunia Sepanyol di Wembley pada 26 Feb. Pada Jun, Kelab Queen di barat London akan menganjurkan kejohanan tenis wanita buat kali pertama dalam masa lebih 50 tahun sebelum berlangsung kejohanan Wimbledon.

Pasukan kriket wanita England akan bertemu India dalam perlawanan T20 antarabangsa pada 4 Julai di The Oval, diikuti perlawanan antarabangsa sehari pada 19 Julai di Lord’s. The Oval juga akan menjadi tuan rumah untuk final kejohanan baharu wanita T20 Blast pada 27 Julai.

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Saya mahu Iran menjadi hebat. Tapi mereka tidak boleh miliki senjata nuklear.

“Kami tidak akan membiarkan mereka memiliki senjata nuklear,” kata...

Perancis mungkin iktiraf negara Palestin pada Jun 2025?

ISTANBUL: Presiden Emmanuel Macron menyatakan Perancis mungkin akan mengiktiraf...

Presiden China Xi Jinping adakan lawatan negara ke Malaysia pada 15-17 April

PUTRAJAYA: Malaysia akan menerima lawatan negara daripada Presiden China,...

Fadhlina tawar diri tanding Ketua Cabang Nibong Tebal

Maka izinkan saya dengan rendah dirinya untuk menawarkan diri...