Vinicius Junior Menggantikan Lionel Messi Sebagai Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2024

DOHA: Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior memenangi anugerah pemain terbaik tahunan lelaki pada majlis The Best FIFA 2024 di Doha awal pagi tadi.

Penyerang itu menjaringkan 24 gol dan melakukan 11 umpanan gol dalam 39 perlawanan bagi semua pertandingan ketika dia mengemudi Real meraih kejuaraan berganda La Liga dan Liga Juara-Juara musim lalu.

“Terima kasih tidak terhingga. Saya tidak tahu di mana mahu bermula. Mustahil untuk memikirkan saya boleh sampai ke sini. Saya dibesarkan dalam dunia kemiskinan, jenayah terancang. Ia buat semua kanak-kanak yang membesar di dunia itu. Saya berterima kasih kepada semua yang mengundi saya,” kata Vinicius di pentas.

Vinicius menggantikan Lionel Messi sebagai pemain lelaki terbaik FIFA selepas bintang Argentina itu merangkul dua edisi terakhir anugerah.

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA selar TNB naik tarif elektrik 14 peratus

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

JAIS seru solat hajat mohon mahkamah tolak rayuan SIS

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Jabatan Agama Islam Selangor...

Mahu haramkan UMNO, Dr Akmal tolak jemputan Tun M

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Dr Muhamad Akmal...

PAS soal syarikat peranti ganja beroperasi di Johor

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PAS menuntut penjelasan kerajaan...