Di tengah-tengah dakwaan skandal rasuah yang menggoncang Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Jeffrey Kitingan di katakan menjadi perhatian sebagai calon ketua menteri interim.
Ketua Wanita Star Sabah, Kerry Chee percaya bahawa jika “keadaan memaksa berlaku perubahan kepimpinan”, ahli politik veteran itu adalah calon terbaik untuk jawatan tersebut.
Dia menegaskan bahawa pengalaman politik Jeffrey yang luas, komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap pembangunan negeri, serta kemampuannya menyatukan pelbagai pihak telah meletakkannya di barisan hadapan dalam perbincangan tentang kepimpinan dan masa depan Sabah, terutamanya di tengah-tengah serangan politik terhadap parti politik Sabah, pemimpinnya dan kerajaan negeri.