‘Jelik Melampau’ tidak bersifat muktamad, Fahmi Fadzil.

Sebaliknya beliau berkata huraian itu adalah sebagai panduan kepada pegawai penyiasat, pihak pendakwaan dan mahkamah dalam menilai dan menentukan sama ada sesuatu kandungan itu adalah jelik melampau.

“Skop kejelikan kandungan dipinda untuk hanya meliputi kandungan yang ‘jelik melampau’ dan bukan semata-mata ‘jelik’ bagi membezakan kandungan mengikut legal proportionality dengan mengenakan penalti atau hukuman yang berwajaran dengan kesalahan dilakukan.

Berkenaan isu dibangkitkan beberapa pihak berkaitan peningkatan hukuman jenayah sebagai contoh di bawah Seksyen 53 akta sama, Fahmi berkata pindaan dibuat sebagai faktor penghalang supaya memberi isyarat kuat kepada pemegang lesen bahawa kerajaan serius dalam usaha menguatkuasakan peruntukan yang mengawal selia sektor komunikasi dan multimedia.

Sebagai perbandingan, kesalahan sama di bawah undang-undang lain seperti Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2023 turut membawa hukuman denda antara RM1 juta hingga tidak lebih RM50 juta dan penjara antara tidak melebihi lima tahun dan 10 tahun, katanya.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...