SUKA ATAU TIDAK TMJ NO1 DALAM BOLASEPAK

Sesiapa sahaja boleh mengkritik atau berbicara tentang bolasepak namun bukan semua yang pandai bercakap tentang bolasepak mampu mengurus tadbir serta membangunkan sebuah pasukan yang lemah suatu ketika dahulu dan kini menjadi sebuah pasukan gergasi asia.

Ramuan ini bukan mampu dibuat,direka ataupun dicipta dengan sekelip mata tanpa minat yang mendalam serta ilmu yang penuh didada serta kesabaran mendaki sikit demi sedikit mengikut perancangan rapi yang dirangka untuk jangka pendek dan panjang.

Kejayaan membelasah Selangor Fc diperlawanan akhir Piala FA baru-baru ini membuat saya salute bukan hanya kepada TMJ serta pengurusan tertinggi JDT tetapi kepada pengurusan pasukan yang berjaya melahirkan pemain-pemain berkualiti serta berlevel 120minit permainan .

Inilah bezanya kejayaan JDT datangnya selain dari faktor TMJ dan pengurusan cekap tetapi kualiti pemain import dan tempatan yang berlevel 120minit permainan ertinya mereka cukup fit dan bertenaga untuk mengharungi hingga ke 120minit permainan pada tahap tinggi.

Masalah yang membelenggu Selangor FC serta pasukan-pasukan dalam liga Malaysia ialah pemain-pemain bukan tidak bagus tetapi mereka hanya mampu bermain dengan tahap tinggi sekitar 50-60minit permainan selepas itu kita dapat melihat mutu serta kualiti permainan mereka menjunam mendadak kerana kepenatan.

Buat TMJ anda perlu membawa formula anda ini kembali semula kepada pasukan kebangsaan kita Harimau Malaya dan kembali sebagai PRESIDEN FAM,saya yakin Malaysia mampu mencabar pasukan-pasukan gergasi asia pada piala asia mendatang.

TAHNIAH TMJ TAHNIAH JDT TAHNIAH HECTOR dan SEMUA PEMAIN JDT

Fazli Mohammad | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...