Ucapan Tahniah Buat Tuanku Yang Dipertuan Agong – Hamzah Zainuddin

Assalamualaikum WBT.

Ampun Tuanku.

Sebagai pemula kata, bagi pihak diri patik, keluarga besar Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) serta seluruh rakyat jelata, patik dengan penuh takzim menzahirkan setinggi-tinggi junjungan tahniah dan syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 berserta semua istiadat, telah rampung dengan licin lagi sempurnanya, pada hari ini.

Detik bersejarah Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda ini menjadi bukti nan sejauh mana pun melangkah mengejar kepesatan, kita tetap berpijak di atas lantai-lantai budaya, tradisi serta warisan yang menjadi kerangka kepada sistem bernegara yang kukuh di bawah Raja Berperlembagaan.

Sesungguhnya, Raja dan rakyat berpisah tiada – jauhnya tidak berjarak, dekatnya pula tidak berantara. Ianya akan kekal akrab dan bersebati, menjadi lambang dan ilham yang penuh bererti.

Justeru, moleklah sekali lagi, patik mewakili keluarga besar Perikatan Nasional dan hamba rakyat menyatakan betapa bertuahnya sekalian yang ada kerana dinaungi Tuanku yang sangat berpengalaman.

Semoga Allah SWT memelihara dan melanjutkan usia Tuanku serta Raja Permasuri Agong dalam keadaan sihat walafiat bersemayam di atas tahkta Persekutuan dengan sepenuh kemuliaan.

Ampun Tuanku.

  • Hamzah Zainuddin Setiausaha Agung Perikatan Nasional

Dirgahayu Tuanku.

#InspirasiChannelz | Facebook Hamzah Zainuddin Official

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...