Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Raja-Raja Melayu

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Raja-Raja Melayu kerana memberi kepercayaan dan penghormatan kepada baginda memikul amanah dan tugas sebagai Ketua Negara.

Baginda bertitah akan melaksana tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas serta saksama dengan penuh timbang rasa kepada seluruh rakyat.

“Insya-Allah saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur dan ikhlas, memerintah dengan adil dan saksama serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara.

“Marilah kita berdoa kehadrat Allah SWT, semoga negara Malaysia akan terus maju dan makmur dan rakyat kekal hidup bersatu padu aman sentosa dan bahagia,” titah Sultan Ibrahim bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara di sini.

#InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...