Status ADUN Rembia Sertai PAS?

ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis (tengah) dilapor menyertai Pas pada 10 Jun tahun lalu, namun pengumumannya hanya dibuat secara rasmi hari ini. -Astro AWANI

AYER KEROH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menunggu surat rasmi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis susulan penyertaannya ke dalam Pas, sebelum mengambil sebarang tindakan.

Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.

“Itu (sertai Pas) baru kenyataan mulut dia sahaja, dan saya belum terima apa-apa surat rasmi lagi.

“Dia kena tulislah surat (pemakluman) dekat saya,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini.

Pada Selasa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Muhammad Jailani yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO sah menyertai Pas.

Katanya, kemasukan Muhamad Jailani ke parti itu berkuat kuasa Jun tahun lalu sebelum DUN Melaka meluluskan Akta Anti Lompat Parti yang dinamakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 pada 31 Julai 2023.

UMNO tahun lalu dilapor menggantung keahlian Muhamad Jailani selama enam tahun setelah didakwa melakukan sabotaj terhadap parti kerana dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Bakri, Johor.

Pada Mac 2020 lalu, Muhammad Jailani antara empat wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Melaka yang bertindak menyokong gabungan PN selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka ketika itu, Adly Zahari, sehingga kerajaan PH Melaka tumbang.

Beliau kemudiannya dikatakan dipecat PKR sebelum mengumumkan menyertai UMNO bagi membolehkannya dipilih bertanding semula mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November 2021.

AWANI | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Perlantikan Thaksin Sinawat, Persediaan Asean 2025

Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan pengerusi ASEAN pada...

Tun Dr Mahathir Mohamad Mempromosi Tahun Melawat Kedah 2025

Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Rangka Kerja Di Langkawi...

Presiden Prabowo Demam,Pertemuan Bersama PMx Di Langkawi DiTangguhkan

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk...

Demi Negara Tun Dr Mahathir & Anwar Ibrahim Perlu Berdamai – Khairuddin Abu Hassan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Mencadangkan Agar "ELDER COUNSEL"...