Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum

Pada 3 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas lapan responden termasuk kerajaan bagi mencabar kewujudan Titah Adendum. – Gambar Awani

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Peguam Najib iaitu Muhammad Farhan Muhammad Shafee ketika dihubungi memaklumkan Bernama bahawa notis rayuan telah difailkan pada 9 Julai lepas.

Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.

Pada 3 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas lapan responden termasuk kerajaan bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas berpendapat empat afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonan Najib termasuk oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah bersifat dengar cakap atau khabar angin.

Menerusi permohonan bagi kebenaran yang difailkan pada April lepas, Najib, 70, memohon perintah mandamus bagi memaksa sama ada semua atau satu daripada responden menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan itu yang bertarikh 29 Jan tahun ini.

Najib juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, kesemua atau satu daripada responden harus menguatkuasakan ia serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Pesuruhjaya Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Najib telah menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 2 Sept 2022, beliau memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja dan Lembaga Pengampunan telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

BERNAMA | Foto Awani | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Konflik Thailand-Kemboja : PN ucap penghargaan kepada PM

Perikatan Nasional (PN) mengucapkan penghargaan dan syabas kepada Perdana...

Kejayaan Yg Tidak Didendangkan di Jerman,Tahniah UPSI

Pasukan Sepak Takraw Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan...

Dan cukup-cukuplah jenis buat dulu baru minta maaf – Dr Akmal

Mcm mana nak ajar murid perkara betul jika pasang...

Kes Zara Qairina: Kertas siasatan diserah kepada Peguam Negara

Kertas siasatan berhubung kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina...