Solat Tasbih

Solat tasbih adalah antara solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan. Ia dikenali sebagai solat tasbih kerana sebanyak 300 tasbih diucapkan semasa menunaikan solat sunat ini. 

Rasulullah SAW mengajarkan solat sunat ini kepada bapa saudaranya Sayidina Abbas bin Abdul Mutalib r.a seperti hadis di atas. 

Menurut hadis tersebut juga, solat ini SUNAT dilakukan setiap hari dan sekiranya tidak mampu dikurangkan kepada sekali seminggu. Sekiranya masih tidak mampu, dikurangkan kepada sekali sebulan dan sekiranya masih tidak mampu sekali sebulan, lakukanlah sekali dalam setahun.Atau setidak-tidaknya sekali dalam seumur hidup.

Cara Menunaikan Solat Tasbih

Terdapat dua cara yang DIANJURKAN menunaikan solat sunat ini; 

  • Sekiranya dikerjakan pada waktu siang hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
  • Sekiranya dikerjakan pada malam hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan dua salam.

Solat sunat tasbih boleh dilakukan pada bila-bila masa melainkan pada waktu yang diharamkan. Ia dikategorikan sebagai solat sunat mutlak yang tidak terikat dengan waktu atau sebab tertentu.

Niat Solat Tasbih

Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.

Atau;

Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan Tasbih Dalam Solat

Rumi: Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim 

Maksud: Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Bila Perlu Baca Tasbih?

  • Selepas membaca surah alfatihah dan surah pilihan, bertasbihlah sebanyak 15 kali
  • Semasa rukuk, bertasbihlah sebanyak 10 kali
  • Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah tasbih sebanyak 10 kali
  • Sujud, dan  bertasbihlah sebanyak 10 kali selepas membaca bacaan sujud
  • Selepas membaca bacaan duduk diantara dua sujud, bertasbihlah sebanyak 10 kali
  • Bertasbihlah sebanyak 10 kali selepas sujud kedua
  • Semasa duduk istirahat sebelum berdiri untuk rakaat kedua, bertasbih sebanyak 10 kali. Selesai bertasbih, bangunlah berdiri untuk rakaat seterusnya. 
  • Selepas membaca tahiyat akhir, bertasbihlah sebanyak 10 kali sebelum memberi salam. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA. Rasulullah SAW bersabda:
  • يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّاهُ أَلَا أُعْطِيكَ أَلَا أَمْنَحُكَ أَلَا أَحْبُوكَ أَلَا أَفْعَلُ لَكَ عَشْرَ خِصَالٍ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ ذَنْبَكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَقَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ وَخَطَأَهُ وَعَمْدَهُ وَصَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ وَسِرَّهُ وَعَلَانِيَتَهُ عَشْرُ خِصَالٍ أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَسُورَةٍ فَإِذَا فَرَغْتَ مِنْ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ قُلْتَ وَأَنْتَ قَائِمٌ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً ثُمَّ تَرْكَعُ فَتَقُولُ وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَسْجُدُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا فَذَلِكَ خَمْسَةٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ تَفْعَلُ فِي أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا فِي كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً

Maksudnya: 

“Wahai bapa saudaraku Abbas, Mahukah aku berikan hadiah? Mahukah aku kurniakan kamu satu pemberian? Mahukah aku memberkati kamu? Mahukah aku lakukan sesuatu untukmu 10 perkara yang mana jika kamu lakukan, Allah akan mengampunkan dosa kamu yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang terkemudian,yang sengaja dan yang tidak sengaja serta dosa yang rahsia dan yang dilakukan secara terang-terangan. 

Sepuluh perkara tersebut adalah kamu solat sebanyak 4 rakaat. Kamu baca pada setiap rakaat al-Fatihah dan surah. Apabila kamu sudah selesai membacanya di rakaat pertama, dan ketika itu kamu masih berdiri maka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Illallah Wallahuakbar 15 kali kemudian kamu ruku’ dan bacalah (zikir tersebut) sebanyak 10 kali. 

Kemudian kamu bangkit dari ruku’ dan bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian kamu sujud dan bacalah 10 kali. Kemudian kamu bangit dari sujud dan bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian kamu sujud semula dan bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangkit dari sujud dan bacalah ia sebanyak 10 kali. Kesemuanya adalah 75 kali yang kamu lakukan dalam setiap rakaat. Kalau kamu mampu untuk menunaikannya maka lakukanlah sehari sekali. Jika tidak mampu maka lakukan pada setiap hari Jumaat. Sekiranya tidak mampu juga, maka lakukanlah sebulan sekali. Jika tidak mempu, lakukanlah setahun sekali.”

INSPIRASI CHANNELZ | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Tiket Konsert GenKRU Laris Terjual Dalam 45 Minit Pada Hari Kedua

KUALA LUMPUR: Konsert genKRU yang dijadualkan pada 3 dan...

Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford

PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim, mempersoalkan keputusan penasihat Marcus...

London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 – Datuk Bandar Sadiq Khan

LONDON: London dijangka menjadi "ibu kota global yang tidak...

UMNO & BN Akan Terus Kekal Bersama Kerajaan Perpaduan Sehingga Pru 16

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...