Isu stoking kalimah Allah: Hidup KK Chai, isteri sengsara 124 hari

KK Chai (kanan) dan isterinya ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin. – Gambar/ Sinar Harian

SHAH ALAM: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) memberitahu kejadian stoking tertera kalimah Allah menyebabkan hidupnya sensara dan berlanjutan selama 124 hari.Datuk Seri KK Chai, 57, berkata, bukan sahaja emosinya terjejas malah syarikatnya juga turut menerima tempias.Ahli perniagaan itu berkata, isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui, 53, turut bersedih susulan insiden yang berlaku.

“Kejadian ini, sesuatu yang tidak terjangkau dalam pemikiran saya dan ia tidak akan dilupakan.

“Justeru, saya harap keputusan (lepas dan bebas) akan menoktahkan perkara ini,” katanya.

KK Chai atau nama sebenarnya, Chai Kee Kan berkata, tempoh masa empat bulan selepas dituduh, bukan perjalanan yang mudah untuk dilalui.

Sementara itu, peguam, Datuk Rajpal Singh yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata, keputusan melepaskan dan membebaskan (DNA) dibuat selepas representasi yang dihantar pada 17 Mei diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Justeru, kes ini sudah selesai dan berharap masyarakat ‘move on’ daripada membincangkan lagi kes ini,” katanya ketika sidang akhbar di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.

Sebelum itu, mahkamah memberi perintah DNA terhadap KK Chai, Siew Mui dan tiga pengarah syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd iaitu Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36 daripada pertuduhan melukakan perasaan orang Islam berhubung stoking tertera kalimah Allah.

Sementara itu, ditanya sama ada KK Mart akan meneruskan saman terhadap Xin Jian Chang, peguam, Datuk David Gurupatham menegaskan, setakat ini perkara tersebut akan diteruskan KK Mart.

SINAR HARIAN | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...