‘UMNO memang sakit, sedang dirawat’ – Khaled Nordin


PARIT:
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta ahli di semua peringkat membantu memulihkan parti itu yang kini berada dalam fasa ‘sakit’ dan memerlukan rawatan.

Beliau berkata, langkah kebersamaan itu perlu bagi memastikan parti tidak terus mati dan terkubur terutama dalam keadaan UMNO yang bukan lagi sebuah parti dominan.

Menurutnya, saranan itu dibuat kerana ketika ini wujud pelbagai tuntutan dibuat ahli di peringkat akar umbi seolah-olah UMNO ini sebuah parti yang terlalu kuat dan gah.

“Hakikatnya parti sedang ‘sakit’ sebab kita tidak menang majoriti dan tak dapat bentuk kerajaan pun dalam pilihan raya umum yang lepas.

“Maka sebab itu soal untuk bantu parti yang sakit ini perlu menjadi tanggungjawab kita bersama, bukan hanya kita letak kepada Presiden.

“Saya ajak semua hidupkan parti dengan terus memberi kepercayaan, berikan masa dan keringat kerana UMNO tidak akan berkelangsungan tanpa semua berkorban untuknya,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit 2024 di di Hotel Seri Iskandar di sini pada Ahad.

SINAR HARIAN | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...