Pameran Sundang: Seni dan Kuasa di Muzium Perak papar kehebatan senjata warisan Melayu

Mohamad Sobri (dua, kiri) memegang sundang ketika melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Semarak@Muzium Perak: Sundang Seni dan Kuasa di Muzium Perak di Taiping, semalam. –foto BERNAMA

TAIPING: Jabatan Muzium Malaysia menerusi Muzium Perak di sini menganjurkan Pameran Sundang: Seni dan Kuasa selama kira-kira enam bulan bermula 24 Jun sehingga 31 Dis depan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Mohamad Sobri Mat Daud berkata pameran dengan kerjasama Yayasan Al-Amin mempamerkan persenjataan Sundang yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Sulawesi bertujuan memartabatkan seni budaya dan warisan sejarah di negara ini.

Sundang merupakan identiti bangsa Melayu Nusantara yang digunakan sebagai senjata para pahlawan untuk menentang musuh atau berperang serta diguna pakai untuk kegunaan pelbagai lapisan masyarakat sama ada di istana sebagai alat kebesaran diraja, pahlawan atau orang biasa.

“Pameran Sundang yang julung kali diadakan di negara ini menggalakkan orang ramai serta peminat senjata tradisional untuk berkunjung ke Muzium Perak dan saya percaya ramai, terutama generasi muda tidak tahu mengenai Sundang yang merupakan senjata tradisional masyarakat Melayu dalam mencerminkan kearifan masyarakat tempatan.

“Keunikan sundang ini bukan pada cirinya sahaja tetapi pada komposisi bilah yang dihasilkan dari pelbagai jenis besi,” katanya pada ucapan perasmian Pameran Sundang: Seni dan Kuasa di sini semalam.

Mohamad Sobri berkata Kementerian Perpaduan Negara sentiasa menyokong dan menggalakkan Jabatan Muzium Malaysia melaksanakan program dan aktiviti yang menyatupadukan masyarakat melalui penghayatan sejarah, seni dan budaya.

BERNAMA | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

UMNO selar hasrat Zafrul letak jawatan masuk PKR

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Datuk Asyraf Wajdi Dusuki...

Pemuda: UMNO gembira, letak sekali jawatan menteri

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Ketua Pemuda UMNO menyambut...

Mahu masuk PKR, Tengku Zafrul umum keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Tengku Datuk Seri Zafrul...

BERSATU gesa Zahid ikut jejak Rafizi lepas jawatan TPM

KUALA LUMPUR, 30 MEI — Parti BERSATU menggesa Datuk...