Mohamad Hasan berkata perkara itu wajar dilakukan bagi memastikan negara tidak kucar-kacir dengan tindakan ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding memperkasa kerajaan setelah dipilih rakyat. – Foto BERNAMA
KOTA TINGGI: Akta Antilompat Parti wajar dikaji semula bagi mengatasi kelompongan sedia ada sekali gus menghalang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri melompat ke parti lawan.Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu wajar dilakukan bagi memastikan negara tidak kucar-kacir dengan tindakan ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding memperkasa kerajaan setelah dipilih rakyat.
“Kalau tidak dikaji, kita boleh lakukan proses recall seperti di England. Ini berlaku apabila terdapat Ahli Parlimen yang tidak sehaluan dengan parti, pengundi di kawasan itu boleh buat satu referendum dan sekiranya mendapat sokongan lebih 50 peratus, kerusi itu perlu dikosongkan serta pilihan raya diadakan semula,” katanya.
Sementara itu, mengulas keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang mengekalkan kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu, Mohamad berkata perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa beliau sebagai Speaker.
BERNAMA | #InspirasiChannelz