Insiden keropok beracun: “Wake-up call” buat KKM – Dzulkefly

Dr Dzulkefly berkata usaha untuk memperketatkan SOP itu juga akan melibatkan kerjasama KKM dengan agensi lain berkaitan. – Foto BERNAMA

KUALA PERLIS: Kejadian dua kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kulim, Kedah menjadi peringatan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menumpukan usaha memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi penggunaan serta penjualan racun seumpama itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kejadian itu mengingatkan pihaknya terutama penguat kuasa agar memberikan perhatian terhadap bahaya racun tersebut kepada manusia kerana mempunyai toksisiti yang sangat tinggi hingga boleh membawa maut.


“… ia ‘wake-up call’ mengingatkan kita terutama penguat kuasa KKM bagaimana peraturan ataupun SOP perlu kita perketatkan dari sudut penggunaan dan penjualan (racun sedemikian),” katanya.

BERNAMA | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...