2021 kes lama, SPRM siasat peneroka haram bawah 10 tahun

KUALA LUMPUR, 29 APRIL — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa siasatan kes pencerobohan tanah di Raub pada 2021 sudah mendapat perhatian Pejabat Tanah dan Daerah (PTD). 

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata maka siasatan pada tahun ini lebih berkisar kepada peneroka haram yang terlibat sejak 10 tahun lalu.

“Ini kerana 2021 dahulu kami sudah menjalankan siasatan bersama dan mungkin sudah selesai di pihak PTD. Tetapi kes baharu ini, kami lihat bagaimana penerokaan yang baharu. 

“Ada pokok yang berusia lapan ke sembilan tahun. Ini penerokaan yang lain. Kerajaan negeri sudah mengambil kira semua ini. Jadi pihak yang bertanggungjawab akan dipanggil,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini mengulas perkembangan penerokaan haram tanah di Raub. 

Katanya, SPRM setakat ini belum menahan suspek terlibat namun pihak yang terlibat akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberikan keterangan.

“Tiada tangkapan lagi tetapi kami menyiasat kes dengan teliti. Kita bukan sahaja melihat isu tata kelola tetapi bagaimana pihak berkenaan boleh terlepas dalam meneroka tanah.

“Jika dalam 10 tahun lepas, pegawai berkenaan sudah tentunya ada yang berpencen. Jadi menjadi cabaran kepada pegawai penyiasat untuk mengesan dan semak latar belakang.

“Jadi ambil sedikit masa. Terutama sekali kepada mereka yang meneroka, bagaimana mereka boleh meneroka. Keadilan dalam penyiasatan ini adalah penting,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...