10 tahun siasat MyKad, MCW seru SPRM pantau JPN

KUALA LUMPUR, 21 MEI — Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diletakkan di bawah pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata ia bagi membolehkan JPN dipantau secara berkala termasuk dari sudut urus tadbir dan integriti dalaman. 

“MCW memandang serius pendedahan laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengenai kelewatan melebihi 10 tahun dalam siasatan permohonan MyKad JPN. 

“Kami menyokong penuh syor EAIC supaya tindakan tata tertib dikenakan ke atas pegawai yang terlibat di bawah Peraturan 38.

“Dengan mendesak agar siasatan dalaman turut mengenal pasti sebarang unsur salah laku atau konflik kepentingan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

EAIC semalam memaklumkan menerima aduan terhadap JPN yang mengambil masa terlalu lama sehingga 10 tahun dalam menyiasat permohonan MyKad. 

Katanya, hasil siasatan mendapati wujud isu kelewatan dan kepincangan dalam pengendalian kertas siasatan oleh pegawai penyiasat JPN.

“Wujud isu kehilangan sijil lahir asal yang sudah diimpaun oleh JPN sehingga memberikan kesan terhadap jangka masa yang diambil oleh JPN. 

“Terdapat keperluan penambahbaikan yang perlu diambil perhatian terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) JPN melibatkan isu tempoh masa yang wajar. 

“Sehubungan itu EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan isu kepada Ketua Pengarah JPN dengan cadangan syor terhadap pegawai JPN terlibat,” katanya. 

Jais berkata penemuan EAIC itu jelas menunjukkan kelemahan SOP JPN dalam mengendalikan dokumen pemohon sehingga mengambil masa panjang.  

Katanya, syor EAIC itu penting bagi memastikan budaya tidak bertanggungjawab tidak terus berakar umbi dalam sistem kerajaan.

“Kelewatan penyelesaian kes MyKad boleh menyebabkan individu tidak mendapat akses kepada hak asas seperti pendidikan, pekerjaan dan penjagaan kesihatan.

“Lebih membimbangkan, ia membuka ruang kepada pencerobohan identiti dan potensi ancaman keselamatan negara,” katanya. 

Beliau turut menggesa satu audit bebas ke atas keseluruhan proses siasatan dan pengesahan identiti di JPN dilaksanakan segera bagi mengenal pasti ruang ketirisan dan risiko integriti.

Katanya, tindakan segera dan telus amat diperlukan bagi memulihkan kepercayaan rakyat serta memastikan institusi negara bebas daripada kecuaian dan kelalaian.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Rafizi seru PH-BN bincang elak insiden Zafrul berulang

KUALA LUMPUR, 1 JUN — Rafizi Ramli menggesa pimpinan...

Peguam: Kerajaan berganti, veteran masih tuntut pencen

Oleh Kamil Awang KUALA LUMPUR, 31 MEI — Peguam kanan...

UMNO selar hasrat Zafrul letak jawatan masuk PKR

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Datuk Asyraf Wajdi Dusuki...

Pemuda: UMNO gembira, letak sekali jawatan menteri

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Ketua Pemuda UMNO menyambut...