10 maut trak FRU bertembung lori batu

KUALA LUMPUR, 13 MEI — 10 maut dalam nahas melibatkan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertembung dengan lori muatan batu di Teluk Intan pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sayani Saidon ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, lapor Sinar Harian.

“Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan jam 8.54 pagi melibatkan kenderaan FRU membawa 15 penumpang dan pemandu.

“Mangsa yang dikeluarkan sudah dihantar ke hospital. Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di lokasi kejadian,” katanya. 

Makluman awal mendapati kesemua mangsa yang maut adalah anggota FRU dengan sebahagiannya cedera parah akibat tersepit. 

Difahamkan kenderaan FRU terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas Op Chariot di Teluk Intan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...