𝗛𝗔𝗧𝗘 𝗦𝗣𝗘𝗘𝗖𝗛

1. Kita tidak dibenar bercakap berkenaan 3R (Bangsa, Agama dan Raja). Kita tidak boleh bercakap berkenaan jualan saham HeiTech Padu.

2. Sekarang kita tidak boleh buat hate speech – ucapan kebencian. Masalahnya apakah ucapan yang dianggap membenci. Tidak ada definisi.

3. Yang akan tafsir ucapan ialah Kerajaan. Walaupun ucapan itu mengelak dari kebencian, tetapi Kerajaan masih boleh tafsir ucapan berkenaan sebagai membenci. Untuk elak dari tafsiran Kerajaan, jangan bercakap. Membisu.

4. Sebenarnya mulut semua orang sudah ditutup. Sama ada ahli akademik atau ahli dewan rakyat, mereka tidak terkecuali dari dituduh melanggar 3R dan membenci.

5. Kita tidak pun boleh bercakap berkenaan Perlembagaan kerana Perlembagaan juga menyebut kaum tertentu dan hak-hak mereka.

6. Akhir sekali Tuan Speaker boleh gantung ahli dewan. Ahli berkenaan tidak pun dibenar duduk bersama pemerhati atau pegawai dalam dewan.

7. Habislah kebebasan ahli dewan bercakap.

8. Demikianlah Reformasi yang dijanji.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

25 Oktober 2024

#inspirasichannelzcom | #InspirasiChannelz | #MyTimesMy

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Sokong akhbar Cina, PERKASA desak pensyarah lucut warga negara

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

PAS fitnah Perak lulus ladang babi tanpa lesen, kata Tok Mat

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Datuk Seri Mohamad Hasan...

Ringgit susut kerap naik gaji minimum, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad...

TUN ABDULLAH BADAWI

18 APRIL — Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan saya...